Tuesday, April 29, 2008

Pendahuluan Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sanak-saudara sekalian.

Pertama-tamanya marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur kita kepada Allah yang Maha Kuasa.Pelbagai nikmat dan kerahmatan dikurniakan kepada kita... tak terhitung jumlahnya.

Sanak-saudara sekalian.Saya HAZIMI bin JUSOH mengucapkan SELAMAT DATANG ke weblog ini.Weblog ini saya wujudkan untuk kita sama-sama HIMPUNKAN sanak-saudara kita dari pelbagai pelusuk tanahair.Kita pertautkan kembali ukhwah kita yang telah lama longgar.Kita rapatkan kembali silaturrahim antara kita dan seterusnya kita jalinkan kemesraan melalui pertemuan-pertemuan dan perjumpaan mendatang.

Walau apa pun saya dahulukan ucapan jutaan terima kasih kepada abang Mid..kerana malam tadi sewaktu mengemas dokumen-dokumen lama terjumpa pulak buku yang pernah ditulis oleh abang Mid tentang salasilah keluarga pada tahun 1997.Buku itu sebenarnya telah lama saya cari..tak jumpa.Jadi sambil-sambil mengemas tuu..terfikir pulak,macamana untuk menggelakan buku itu dari hilang.."kata hati saya..kalau aku simpan baik macamana sekali pun..peratus untuk hilang tetap ada,emm baik aku update kat internet..sampai bila-bila pun boleh tenggok dan update".Bermula dari kata hati itulah..saya gagahi untuk menulis di sini....maafkan saya a.Mid kerana menulis di sini(tidak ada niat terselindung melaikan untuk mengekalkan maklumat dan merapatkan lagi silaturrahim antara kita.)

Untuk itu saya amat memerlukan bantuan dan sokongan sanak-saudara sekalian dalam menjayakan hasrat dan harapan ini.

Moga Allah memberi kita kekuatan untuk dirialisasikan.

Saya boleh dihubungi melalui email

Sekian.Terima Kasih.
(Haz)


Cool Graphics

Hak Milik Hazbj | Hak Cipta Hazbj